Saturday, 24 December 2011

Mulaan Dekam




Lari Berpagar



Lari Pecut




M. Jegathesan








Datuk Dr Mani Jegathesan atau lebih dikenali sebagai M. Jegathesan telah dilahirkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada 2 November 1943. Walau bagaimanapun beliau dibesarkan di Kuarters 100 yang terletak di Brickfields Kuala Lumpur. Selepas meninggalkan Sekolah Rendah Jalan Batu, dia meneruskan pendidikan di Victoria Institution (VI) pada 1955 dan Anglo Chinese School, Singapura antara 1956 hingga 1961.

Olahragawan Negara 1966 itu juga cemerlang dalam bidang akademik kerana berjaya memperolehi ijazah pertama perubatan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada 1967 dan bergelar doktor perubatan. Beliau turut menerima anugerah pingat emas Kesatuan Pelajar NUS kerana menjadi pelajar terbaik keseluruhan universiti itu pada tahun yang sama. Dua tahun kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Mahidol University, Bangkok dan Universiti London pada 1970 hingga 1971. Beliau telah berkahwin dengan Lee Hong pada tahun 1969, seorang graduan Fakulti Farmasi yang juga menuntut di Universiti Singapura. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Ashelee, 34 dan Shirene, 31 dan seorang anak lelaki, Manika (Niki), 26 serta mempunyai sepasang cucu.

Memegang status pelari terpantas Asia selama lapan tahun atau 96 bulan pada era 1960-an ini beliau mula mengorak langkah dalam arena olahraga ketika dia dibesarkan di Kuala Lumpur. Kedudukannya pada ketika itu sukar digugat oleh mana-mana pelari benua Asia. M. Jegathesan, adalah pelari pertama Malaysia yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik di Rome pada 1960 dalam acara pecut 100m. Beliau pernah melayakkan diri ke pentas Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut pada 1960, 1964, 1968 dan menjadi atlit Malaysia pertama ke separuh akhir 200m pada 1964 dan mengulanginya empat tahun kemudian.

Ayahnya, N. M. Vasagam yang berhijrah ke negara ini ketika usia remajanya adalah bekas pelari kebangsaan yang berasal dari Ceylon atau sekarang dikenali sebagai Sri Lanka. Mendiang ayahnya adalah bekas pengasas dan setiausaha Persekutuan Persatuan Atlit Amatur Malaya yang kemudian ditukar nama menjadi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU). Dia juga pengasas Persekutuan Majlis Olimpik Malaya yang kini dikenali sebagai Majlis Olimpik Malaysia (OCM).

Jegathesan terbabit dalam banyak bidang termasuk profesional seperti olahraga, akademik, pentadbir sukan, penyelidik, pendidik, penasihat perubatan, ketua pegawai eksekutif dan sebagainya. Ramai kenalan beliau menyifatkan Jegathesan mampu mencapai apa yang diinginkan kerana beliau membuktikannya sejak menjadi atlit ketika usia mudanya. Pengalaman bekerja beliau ialah berkhidmat di Kementerian Kesihatan dari 1967 hingga 1998 dan di situlah beliau menimba pengalaman bermanfaat dalam perubatan. Beliau memegang beberapa jawatan di kementerian itu selama 31 tahun bertugas dan jawatan terakhir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (TKPK) antara 1994 hingga 1998. Beliau pernah menjadi Ketua Perkhidmatan Makmal Hospital Kuala Lumpur 1985 hingga 1988, Ketua Bahagian Mikrobiologi dan Pengarah IMR dari 1988 hingga 1994.

Namun dalam tempoh singkat itu Jegathesan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada negara. Walaupun sibuk dengan tugasnya kini selaku Ketua Pengawai Operasi Sistem Hospital Awasan Taraf dan Adjunct Profesor dalam Perubatan Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dia masih mencurah sumbangan kepada sukan sebagai pentadbir. Pada masa ini beliau adalah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sumber Rujukan :
(a) NSTP e-media (b) http://www.olympic.org.my/web/

Wednesday, 7 December 2011

LARIAN



LOMPAT JAUH



SEJARAH OLAHRAGA

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.

Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-
o Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun)
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun)
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun)
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, ergusti dan pertempuran gladiator.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

LOMPAT KIJANG

Mengikut catatan sejarah, acara lompat kijang tidak terdapat pada Sukan Olimpik kuno, ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat, seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuno, acara ini tidak dipertandingkan. Ini bermakna, acara lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada acara lompat jauh.

Sejarah
Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh.
Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 diAthens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.
Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.

Teknik
Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.
Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an diJepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.
Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.